Monday, December 10, 2012

wedding~

Hari isnin. arrgghhh!!! hari yang paling manusia yang ade kat bumi ne tak suke kan. me too~

Forget tentang hari isnin, nak dijadkan story hari sabtu lepas aku hadirkan diri ke wedding kawan sekolah aku. Cantik sangat dia. ahhh. (berangan pulak naek pelamin nanti. huk huk.) Tapi masa tu aku jadi kelam kabut memandangkan aku bekerja pada hari sabtu lepas. Sampai rumah pengantin pun around pukul tiga macam tu.Tapi yang seronok nya datang lewat ne tetamu dah tak ramai. So, boleh lah aku kecoh-2 kat sane, gedik-2 ambik gambar.


Pengantin Perempuan : Siti Sakinah binti Haji Awang
Pegantin Lelaki : Aku lupa lah nama dia. Maaf. hehe.

Pengantin perempuan tu la kawan aku masa kat sekolah, cantik sgt. Memandangkan dia ne bukan la seorang yang suka b'make up. Waktu ne dia nampak lain sangat dengan make up yang beretepek-2 kat muka tu. hik hik hik hik (gedik semacam)


Yang sebelah pengantin tu even tak ready lg tetap cute kann.



harap maaf la gambar tak berapa clear.


Cantik sangat dress dye kan.


Budak banyak songeh neh! anak kepada kawan aku. Mak dia tak sudi nak bergambar. hi hi hi hi


ne pun anak kawan aku jugak,tapi anak yang ke tiga.  Dia ne kahwin awal, sebab tu anak dah tiga. Maklum la kawan-2 aku dah ramai yang kahwin. Dapat la aku anak buah angkat. haha. 
Ne baby boy baru tiga bulan.


Sayangnya pelamin orang da. ambik berkat ler. hik hik hik

Balik dari kenduri lebih kurang pukul empat macam tu la, tapi bukan terus balik rumah.
Kami sambung berjalan sampai tak cukup tapak.
Kami singgah di Mitc, ayer keroh, kata kawan aku ada event.
Tapi aku tak ingat karnival tu untuk ape. Yang aku tahu anjuran kerajaan melaka tapi gabung setiap negeri. (maklum la banyak sangat makan semut!)

Ramai sangat orang sampai aku kusut je tengok, tapi yang seronok nya dapat kenal barangan keluaran malaysia dan belajar sikit-2 tentang kebudayaan orang Malaysia. 


teringin nak jejak kaki ke perak.
Macam seronok dan paling penting aku suka dengar di alet orang Perak.



Harap maklum, dorang ne segan-2 pulak kene ambik gambar.
Aku je tak berapa nak segan ambil gambar dorang.
Dorang mainkan alat muzik tradisional orang negeri sembilan. kann. :)


Comel je capal ne kann. Rasa nak ambik bawak balik tapi nasiB baek ada orang jaga. ish. =.='


Yang ne lagi lah gila besar. okeh?
Besar punya!
tak terlarat kot nak angkat.
Bapa gajah je yang pakai. hahaha. 



Cantik. ne la istana saya. haha. sila la tampar saya. =.='


Nak jugak bergambar. =.=


eh, my besh friend. :)


haa. ne anak kawan akuy yang fisrt, amnje dan mengada. heh! :D


alololo. tomel! hi hi hi


Melaka Bandar Teknologi hijau. 





- END -





Wednesday, December 5, 2012

Orang korea tanya tentang tudung

Entry tanpa gambar, kalau boring buka lah lagu, kalau boring jugak baca lah entry ne sambil joget-2**

Semalam, aku di kejutkan dengan kehadiran seorang pelancong yang berbangsa korea. Gangnam styleerk, sorry to say aku tak minat.( takde kaitan langsung kan.)

Hurm.. biasa lah malaysia ni kan antara negara yang menjadi tumpuan pelancong, so mana pergi pun mesti jumpa jugak even dekat kampung-2. Nak di jadikan story (rosak bahasa ) semalam ada lah satu minah korea ni asyik memandang je. Mula-2 aku memang tak selesa, siapa je yang suka kan kalau orang pandang je, tapi rupanya dia nak tanya aku berkaitan dengan tudung yang melekat kat kepala aku ne. hemo hemo ( gelak yang tak berapa nak pandai )

So, apa yang dia tanya? nak tahu ke? ish aku ne cakap sorang-2 pulak kann.

First soalan yang di tanya, Tak panas ke pakai tudung? (Bukan la dia cakap dalam bahasa melayu, aku just translate) Tapi jawapan aku cukup simple. Takde lah tak panas pun. Okey je. Katenya dia terkejut first time sampai kat malaysia ni dia nampak ramai orang malaysia yang bertudung tutup dan memandangkan malaysia ni agak panas jugak cuaca nya. Dia tanya lagi,  boleh tahan panas ker?? Jawap aku boleh je, tak panas la, lagipun ada kebaikan bertudung ni sebab dapat lindung rambut rosak kene sinaran matahari. haha. (Nampak tak permainan aku kat situ)

O.. dye pun 'o' je.. aku pun senyum je macam kambing just bezanya kambing ade janggut, aku belum nak tumbuh lagi. =.='

Aku ingatkan lepas dah tanya pasal tu end dekat situ je, tapi banyak gila soalan  (nasib baek aku tak separuh gila nak jawab) rasa macam kene interview dengan wartawan. hik hik hik hik hok (kelihatan gedik di situ)

Soalan yang paling aku ketar nak jawab bila dia tanya,  kenapa ada orang islam yang tak pakai tudung?? erk, kalau korang pun mesti ketar kan kalau salah cakap buruk padahnya. So, dengan tak berapa nak bijak aku jawab. O.. kalau yang tu tak berani nak jawab just boleh katakan tu pilihan masing-2, maybe bagi dorang tak bertudung lagi cantik dari memakai tudung sebab tu dorang tak pakai tudung. Even sebenarnya muslimah lebih cantik bertudung. Dalam islam memang takde paksaan, then aku cakap la sama macam agama lain kalau kita jenis kuat agama mesti kita ikut semua tuntutan agama. (Aku pun bukan seorang islam yang sempurna even aku bertudung, banyak lagi tentang islam yang aku kene belajar dan dalami lagi. subahanallah, mohon cahaya hidayah dari Allah) So, you pikr lah sendiri kenapa ada yang tak bertudung. Nasib baek minah korea ne faham, kalau tak jenuh jugak aku nak jawap kan. (Tapi tak bermaksud semua yang bertudung itu beriman dan yang tak bertudung itu tak beriman, tepuk dada sndiri tanya iman, jangan tepuk dada orang lain makan kaki pulak nanti. ) 

Lepas itu kan dia tanya lagi soalan yang mencabar (terase tercabar tak korang baca? weee) Apa jadi kalau orang islam tu tak pakai tudung? Dan boleh ke orang lain tengok rambut? Jawab aku kalau orang islam tak pakai tudung tu berdosa lah, yang boleh tengok rambut perempuan tu hanya keluarga, sesame jantina dan suami serta anak-2 bagi yang dah berkahwin lah.

O.. minah korea ni pelik dengan jawapan aku, bagi dia macam rugi sebab orang bertudung ni tak dapat nak tunjuk rambut yang cantik. hehe. ( bagi aku sikit pun tak rugi ) 

Katanya lagi kalau di beri pilihan nak ke aku buka tudung? erk jawapan aku no way dan tak kan (sama je la kann) terjadi sebab aku rela hati nak berhijab. in syaa allah harap di tetapkan hati ni.

Soalan last dia tanya aku agak kelabu asap sikit...

Kalau lelaki itu tak dapat tengok rambut bakal isteri dia macam mana bila kahwin nanti, perempuan itu buka tudung rupanya botak??? hik hik hik hok hok hok (stop!) dia buat lawak pulak minah korea ne. Jawapan aku buat dia terdiam kejap. Kalau laki itu dah sayangkan isteri dia, dah semestinya terima keburukan isteri dia kan. Aku jawab dengan senyuman melebar. lebar. lebarrrrrr. ( motip nya aku dah penat jawab soalan minah ne dan harap dia faham. )

Tapi bagi pandangan dia bertudung ne tak up to date, tapi aku malas nak berbalas dengan dia sebab nya zaman sekarang ne muslimah yang bertudung nampak lagi hot dari yang tak bertudung. Cer tengok artis malaysia pun dah ramai bertudung still kelihatan hot dan cantik sesangat kan. Lagipun minah korea ne tergencat budaya sikit. ( betulkan bahasa saya ) Masih baru nak kenal tudung, kalau aku tunjukan macam mana cantik nya muslimah bertudung mesti dia berubah pendapat. (Tak semestinya yang bertudung tu tak cantik dan yang free hair serta seksi tu cantik kann. kann. depend.)

Last conversation kite orang minah korea ne cakap awak cantik! So, tengok dia dah berubah pendapat sikit orang bertudung tu cantik. hik hik hik huk huk. kembang kempis hidung aku menahan* bukan maksud aku puji diri tapi sebab tudung ni lah. So, yang bertudung tu jangan goyah awak-2 sekalian tetap cantik bertudung, orang nak cakap tak up to date ke hape ke buat tak layan je. Hanya senyum je, tak payah di balas. Yakin lah korang tetap cantik di mata pencipta kita.

**Setitik air peluh wanita kepanasan kerana bertudung demi menutup auratnya, ianya dikira pahala**






Monday, December 3, 2012

Taman Botanikal

Lokasi            : Taman Botanikal, Ayer Keroh
Masa              : Around pukul 5
Pothographer  : Me and Myra senget sendiri!
Motif Post       : Saje Gedik la 

aduhai, skema betul.


ne la budak comel yang senget!


erk, dont want say anything


kucing yg jadi mangse. hahaha. haha. haha. dan haha lagi. gelak serupa jin.


gambar myra yg paling smart. i like. u all like? vote la reramai.


hidung yg tak dapat ditanggung. penat nak cover. 


peace! 


Sebenarnya banyak lagi gambar yg kami ambik tapi kalau masukkan sumenye, muntah la korang yg tengok nanti. So, ne antara gambar yg terpilih sahaja. (skema kann saye) Harap la maaf gambar sumenye syok sendiri, maklum la kami tak pro macam photographer yg handal. ceh ceh ceh.
Gambar ne pun bukan baru lagi dah lame pn dlm 3 bulan lepas maybe tapi tak de mase nak update so godeh-2 lappy baru la jumpa gambar ne. So, sharing with u all.
Cuaca tak berapa nak elok so saya mengundur diri untuk berundur balik ke rumah.
Memandangkan waktu habis bekerja sudah pun sampai.
So, mari la sama-2 kita berundur.
Assalamualaikum w.b.t. 





Hak Milik Cik Cyda Ramli