Monday, May 7, 2012

Lampu Isyarat



Sesungguhnya gambar di atas tiada kene mengena langsung dengan tajuk aku.

=

=

=

Ok, aku nak story sikit tentang lampu isyarat. Korang tahu kan lampu isyarat tu apa? Ada ke yang tak tahu. heee.

Lampu isyarat mempunyai warna seperti yang berikut.

Hijau, Kuning, Pink,  Merah.

Hijau maksud die sila lah jalan sekarang sebelum orang lain hon ko laju-2.

Kuning maksud die pulak amaran untuk berhenti sebelum merah marah.(Takde motip )

Pink? Sila lah jadi jambu. erk?

Merah tandanya sila lah berhenti bagi jalan pada orang lain pula ye.

Ni apa yang kita belajar masa ambil lesen kan, ( Pink tak termasuk ye adek-2 )

 tapi sekarang bila je sudah terlalu bijak dan terlalu Pro memandu

Semua tanda-2 ne dah bertukar jadi lain.

Nak tahu apa? jeng. jeng. jeng. ( pakai background sikit )

=

=

=

=

HIJAU - Memandu lah selaju yang boleh, langgar je lah siapa pun yang ko suka. 

KUNING - Tak payah berjaga-2 masih lagi boleh redah, takpe lagipun nyawa ko bukan nyawa orang lain.

MERAH - Eh, tak payah berhenti jalan je, peduli apa aku merah pun, aku nak cepat ne. Aku kan anak raja buat apa aku nak hormat dan bagi jalan pada orang lain. kannn. 


Haaa. kan undang-2 jalan raya dah tak di patuhi lagi. Sebab aku tengok zaman sekarang ramai yang macam tu, langsung tak hormat kan orang buat macam jalan sendiri lah katakan. Sila lah alert dah berapa banyak nyawa yang jadi korban ini lah sebabnye bila undang-2 di buat sendiri. Keselamatan tak di hiraukan cepat sampai ke sesuatu destinasi yang di utamakan. Pandu cermat jiwa selamat lah geng. Biar lambat asal selamat tapi jangan lah lambat sangat macam siput, nanti menyusahkan orang lain juga. So,  berhati-2 dan alert tentang orang lain juga. Kalau nak selamat bertimbang rasa dan tolak ansur lah di atas jalan raya. 

Sekian.


0 bebelan:

Post a Comment

Hak Milik Cik Cyda Ramli