Monday, December 10, 2012

wedding~

Hari isnin. arrgghhh!!! hari yang paling manusia yang ade kat bumi ne tak suke kan. me too~

Forget tentang hari isnin, nak dijadkan story hari sabtu lepas aku hadirkan diri ke wedding kawan sekolah aku. Cantik sangat dia. ahhh. (berangan pulak naek pelamin nanti. huk huk.) Tapi masa tu aku jadi kelam kabut memandangkan aku bekerja pada hari sabtu lepas. Sampai rumah pengantin pun around pukul tiga macam tu.Tapi yang seronok nya datang lewat ne tetamu dah tak ramai. So, boleh lah aku kecoh-2 kat sane, gedik-2 ambik gambar.


Pengantin Perempuan : Siti Sakinah binti Haji Awang
Pegantin Lelaki : Aku lupa lah nama dia. Maaf. hehe.

Pengantin perempuan tu la kawan aku masa kat sekolah, cantik sgt. Memandangkan dia ne bukan la seorang yang suka b'make up. Waktu ne dia nampak lain sangat dengan make up yang beretepek-2 kat muka tu. hik hik hik hik (gedik semacam)


Yang sebelah pengantin tu even tak ready lg tetap cute kann.



harap maaf la gambar tak berapa clear.


Cantik sangat dress dye kan.


Budak banyak songeh neh! anak kepada kawan aku. Mak dia tak sudi nak bergambar. hi hi hi hi


ne pun anak kawan aku jugak,tapi anak yang ke tiga.  Dia ne kahwin awal, sebab tu anak dah tiga. Maklum la kawan-2 aku dah ramai yang kahwin. Dapat la aku anak buah angkat. haha. 
Ne baby boy baru tiga bulan.


Sayangnya pelamin orang da. ambik berkat ler. hik hik hik

Balik dari kenduri lebih kurang pukul empat macam tu la, tapi bukan terus balik rumah.
Kami sambung berjalan sampai tak cukup tapak.
Kami singgah di Mitc, ayer keroh, kata kawan aku ada event.
Tapi aku tak ingat karnival tu untuk ape. Yang aku tahu anjuran kerajaan melaka tapi gabung setiap negeri. (maklum la banyak sangat makan semut!)

Ramai sangat orang sampai aku kusut je tengok, tapi yang seronok nya dapat kenal barangan keluaran malaysia dan belajar sikit-2 tentang kebudayaan orang Malaysia. 


teringin nak jejak kaki ke perak.
Macam seronok dan paling penting aku suka dengar di alet orang Perak.



Harap maklum, dorang ne segan-2 pulak kene ambik gambar.
Aku je tak berapa nak segan ambil gambar dorang.
Dorang mainkan alat muzik tradisional orang negeri sembilan. kann. :)


Comel je capal ne kann. Rasa nak ambik bawak balik tapi nasiB baek ada orang jaga. ish. =.='


Yang ne lagi lah gila besar. okeh?
Besar punya!
tak terlarat kot nak angkat.
Bapa gajah je yang pakai. hahaha. 



Cantik. ne la istana saya. haha. sila la tampar saya. =.='


Nak jugak bergambar. =.=


eh, my besh friend. :)


haa. ne anak kawan akuy yang fisrt, amnje dan mengada. heh! :D


alololo. tomel! hi hi hi


Melaka Bandar Teknologi hijau. 





- END -





Wednesday, December 5, 2012

Orang korea tanya tentang tudung

Entry tanpa gambar, kalau boring buka lah lagu, kalau boring jugak baca lah entry ne sambil joget-2**

Semalam, aku di kejutkan dengan kehadiran seorang pelancong yang berbangsa korea. Gangnam styleerk, sorry to say aku tak minat.( takde kaitan langsung kan.)

Hurm.. biasa lah malaysia ni kan antara negara yang menjadi tumpuan pelancong, so mana pergi pun mesti jumpa jugak even dekat kampung-2. Nak di jadikan story (rosak bahasa ) semalam ada lah satu minah korea ni asyik memandang je. Mula-2 aku memang tak selesa, siapa je yang suka kan kalau orang pandang je, tapi rupanya dia nak tanya aku berkaitan dengan tudung yang melekat kat kepala aku ne. hemo hemo ( gelak yang tak berapa nak pandai )

So, apa yang dia tanya? nak tahu ke? ish aku ne cakap sorang-2 pulak kann.

First soalan yang di tanya, Tak panas ke pakai tudung? (Bukan la dia cakap dalam bahasa melayu, aku just translate) Tapi jawapan aku cukup simple. Takde lah tak panas pun. Okey je. Katenya dia terkejut first time sampai kat malaysia ni dia nampak ramai orang malaysia yang bertudung tutup dan memandangkan malaysia ni agak panas jugak cuaca nya. Dia tanya lagi,  boleh tahan panas ker?? Jawap aku boleh je, tak panas la, lagipun ada kebaikan bertudung ni sebab dapat lindung rambut rosak kene sinaran matahari. haha. (Nampak tak permainan aku kat situ)

O.. dye pun 'o' je.. aku pun senyum je macam kambing just bezanya kambing ade janggut, aku belum nak tumbuh lagi. =.='

Aku ingatkan lepas dah tanya pasal tu end dekat situ je, tapi banyak gila soalan  (nasib baek aku tak separuh gila nak jawab) rasa macam kene interview dengan wartawan. hik hik hik hik hok (kelihatan gedik di situ)

Soalan yang paling aku ketar nak jawab bila dia tanya,  kenapa ada orang islam yang tak pakai tudung?? erk, kalau korang pun mesti ketar kan kalau salah cakap buruk padahnya. So, dengan tak berapa nak bijak aku jawab. O.. kalau yang tu tak berani nak jawab just boleh katakan tu pilihan masing-2, maybe bagi dorang tak bertudung lagi cantik dari memakai tudung sebab tu dorang tak pakai tudung. Even sebenarnya muslimah lebih cantik bertudung. Dalam islam memang takde paksaan, then aku cakap la sama macam agama lain kalau kita jenis kuat agama mesti kita ikut semua tuntutan agama. (Aku pun bukan seorang islam yang sempurna even aku bertudung, banyak lagi tentang islam yang aku kene belajar dan dalami lagi. subahanallah, mohon cahaya hidayah dari Allah) So, you pikr lah sendiri kenapa ada yang tak bertudung. Nasib baek minah korea ne faham, kalau tak jenuh jugak aku nak jawap kan. (Tapi tak bermaksud semua yang bertudung itu beriman dan yang tak bertudung itu tak beriman, tepuk dada sndiri tanya iman, jangan tepuk dada orang lain makan kaki pulak nanti. ) 

Lepas itu kan dia tanya lagi soalan yang mencabar (terase tercabar tak korang baca? weee) Apa jadi kalau orang islam tu tak pakai tudung? Dan boleh ke orang lain tengok rambut? Jawab aku kalau orang islam tak pakai tudung tu berdosa lah, yang boleh tengok rambut perempuan tu hanya keluarga, sesame jantina dan suami serta anak-2 bagi yang dah berkahwin lah.

O.. minah korea ni pelik dengan jawapan aku, bagi dia macam rugi sebab orang bertudung ni tak dapat nak tunjuk rambut yang cantik. hehe. ( bagi aku sikit pun tak rugi ) 

Katanya lagi kalau di beri pilihan nak ke aku buka tudung? erk jawapan aku no way dan tak kan (sama je la kann) terjadi sebab aku rela hati nak berhijab. in syaa allah harap di tetapkan hati ni.

Soalan last dia tanya aku agak kelabu asap sikit...

Kalau lelaki itu tak dapat tengok rambut bakal isteri dia macam mana bila kahwin nanti, perempuan itu buka tudung rupanya botak??? hik hik hik hok hok hok (stop!) dia buat lawak pulak minah korea ne. Jawapan aku buat dia terdiam kejap. Kalau laki itu dah sayangkan isteri dia, dah semestinya terima keburukan isteri dia kan. Aku jawab dengan senyuman melebar. lebar. lebarrrrrr. ( motip nya aku dah penat jawab soalan minah ne dan harap dia faham. )

Tapi bagi pandangan dia bertudung ne tak up to date, tapi aku malas nak berbalas dengan dia sebab nya zaman sekarang ne muslimah yang bertudung nampak lagi hot dari yang tak bertudung. Cer tengok artis malaysia pun dah ramai bertudung still kelihatan hot dan cantik sesangat kan. Lagipun minah korea ne tergencat budaya sikit. ( betulkan bahasa saya ) Masih baru nak kenal tudung, kalau aku tunjukan macam mana cantik nya muslimah bertudung mesti dia berubah pendapat. (Tak semestinya yang bertudung tu tak cantik dan yang free hair serta seksi tu cantik kann. kann. depend.)

Last conversation kite orang minah korea ne cakap awak cantik! So, tengok dia dah berubah pendapat sikit orang bertudung tu cantik. hik hik hik huk huk. kembang kempis hidung aku menahan* bukan maksud aku puji diri tapi sebab tudung ni lah. So, yang bertudung tu jangan goyah awak-2 sekalian tetap cantik bertudung, orang nak cakap tak up to date ke hape ke buat tak layan je. Hanya senyum je, tak payah di balas. Yakin lah korang tetap cantik di mata pencipta kita.

**Setitik air peluh wanita kepanasan kerana bertudung demi menutup auratnya, ianya dikira pahala**






Monday, December 3, 2012

Taman Botanikal

Lokasi            : Taman Botanikal, Ayer Keroh
Masa              : Around pukul 5
Pothographer  : Me and Myra senget sendiri!
Motif Post       : Saje Gedik la 

aduhai, skema betul.


ne la budak comel yang senget!


erk, dont want say anything


kucing yg jadi mangse. hahaha. haha. haha. dan haha lagi. gelak serupa jin.


gambar myra yg paling smart. i like. u all like? vote la reramai.


hidung yg tak dapat ditanggung. penat nak cover. 


peace! 


Sebenarnya banyak lagi gambar yg kami ambik tapi kalau masukkan sumenye, muntah la korang yg tengok nanti. So, ne antara gambar yg terpilih sahaja. (skema kann saye) Harap la maaf gambar sumenye syok sendiri, maklum la kami tak pro macam photographer yg handal. ceh ceh ceh.
Gambar ne pun bukan baru lagi dah lame pn dlm 3 bulan lepas maybe tapi tak de mase nak update so godeh-2 lappy baru la jumpa gambar ne. So, sharing with u all.
Cuaca tak berapa nak elok so saya mengundur diri untuk berundur balik ke rumah.
Memandangkan waktu habis bekerja sudah pun sampai.
So, mari la sama-2 kita berundur.
Assalamualaikum w.b.t. 





Tuesday, November 27, 2012

No title

Assalamualaikum, dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah. ish, belum sudah lagi. Baru nak start story neh. Memang berabuk lah sudah blog akuh ne. Lama dah tak mengupdate story yang tak hot di sini. Apa kabar orang2 kampung semua? sihat sejahteri? Dah lama tak update sebab sekarang sibuk sangat bina mase depan. hikhikhik. (okeh! nampak gedik disitu )  Sangat rindu nak menaip dan merapu kat sini.

PART 1: Sekarang ne macam2 dah terjadi kan, sana perang sini gado, sana cerai sini baru bercinta. ish, memang takde kene mengene pun sebenarnye kes cerai dengan baru bercinta tuh. Just want to say i hate TENTERA ZIONIS, diatas kekejaman mereka terhadap orang islam di GAZA. Akuh takkan dapat bayangkan kalau akuh yang ada dekat sane, bangon subuh je bunyi bom langsung tak dapat nak rasa aman, tak kira malam ke petang ke. hurm. Hanya allah yang tahu apa perasaan mereka. Akuh doakan mereka disana semua di rahmati, selamat dan aku percaya allah angkat kan darjat orang2 yang mati syahid kat sana. In shaa allahamin.



                                                            Stolen dari En. Google


PART 2:  Harine aku rasa tak sihat sangat tapi digagahkan jugak! yeah saya seorang yang gagah perkasa. (gagah lah sangat kann. ) Misi akuh . makan. makan. makan dan makan lagi. Sekarang haa. hamek ko. pipi dah macam hape, muke da lebar. Di sebabkan saya suka makan makan makan makan. Bangon pagi je hanya yang ada dalam kepala hotak neh makan laa cyda makan laaaa . Sambil buat2 muke lapar walhal da makan da tadi. Aish, kawal nafsu makan sebelum jadi lebih parah parah dan parah lagi. okeng. sekian.





Saturday, June 16, 2012

Malang tidak berbau


Lopak air a.k.a lubang puaka. Kenapa aku cakap puaka sebab ne la penyebab terjadinye malang yang sememangnya tidak berbau tu. Kejadian ne jadi semalam bersamaan 15.06.2012. Itu lah kata orang malang memang tidak berbau, tapi kentut tetap berbau. haha. Tak sangka niat aku nak cari keje jadi tragedi, tapi takpe tiap yang jadi ade hikmahnya kann. Dulu aku pernah jatuh motor masuk ne kali kedua da, juz bezanya dulu lagi teruk dari yang sekarang. Tapi yang pelik dua-2 same je jatuh kat selekoh. haha. Memang bantai lap je laa aku ne, tp alhamdulillah kali ne aku tak bawak laju, dan kawan aku yang duduk kat belakang selamat takde ape-2. 
Punca kejadian ne bile aku nak elak kereta belakang yang nak himpit aku dan kereta belakang aku tu pulak nak elak lori bomba yang laju membabi buta, sedangkan tahu situ selekoh dan jalan kecik. Aku nampak lori bomba tu da masuk kawasan jalan belah kiri dah terlebih garisan jadi kereta belakang aku mesti la cuak kann. Dye pun bawak laju, terus aku himpit ketepi tapi aku tek perasan yang depan tu ada lubang, then ape lagi aku jatuh dalam lubang puaka tu. Yang aku pelik lori bomba tu takde bunyikan siren pun tandakan ada kecemasan, yang kereta tu pun laju je dan aku ingt lagi saga putih yang hampir himpit aku. Yang paling kurang ajar kereta tu tak berhenti dan terus jalan. Takpe hari ni hari die.
Juz aku berterima kasih dekat orang-2 yang dah tolong aku pakcik-2 dan lelaki cine yang tolong start dan angkat moto aku. Baeknya hati mereka dan yang paling aku tak boleh lupe bile ade uncle cine dan pakcik tu complain jalan berlubang, siap nak buat aduan. haha.
Syukur alhamdulillah aku tak cedera teruk juz lebam dan bengkak bengkil je. hehehe.
Dan luke sikit je pun, mak aku risau sangat. hehe. Mesti la mak kan. 


Yang penting aku tak tahu pe masalahnye jadi 3 tanda macam tu. hehe.
Kata orang urat yang bengkak lagi saket dari luka luar.
Memang caket pun sebenarnya aku rasa luke pun takde caket macam ne.
Tapi takpe la tiap yang berlaku pasti ade hikmah yang aku tak tahu.


Jam kesayangan aku jadi mangse retak screennye, aduhai laa jam ku sayang~
Ok laa. u olls, tapi sayangnya hari ne aku miss interview pereka grafik. So, sad takpe la dah takde rezeki kat sane. Ok la dear. Daaa.

Thursday, May 10, 2012

Tips terbaek dari ladang!

Harini aku nak share kat korang petua nak cantikkan kulit tanpa mengeluarkan kos yang tinggi. Nak tahu camne? Ok, mule-2 sediakan 2 atau 3 helai daun jambu, beras dalam 1 sudu, sebiji telur lepas tu campurkan semua bahan. Tapi beras dan daun jambu 2 tumbuk dulu sebelum campurkan semua bahan tadi. And then sapu kat muke sampai dye kering, lepas da kering cuci lah muke 2 balik. Jangan keluar camtu je plak. hehe. Mesti lepas dah buat rasa laen je muke, kalau nak nampak hasil kene lah rajin buat ye. Macam seminggu 2 atau 3 kali ke. Insyaallah jerawat, muke berminyak dan parut hilang dan kulit kite pun akan rasa makin cerah. So, tak payah nak kelurakan duit dan laburkan pada produk yang sia-2 je kan. Dengan cara tradisional ne kite dapat gak jimatkan kos dan yang penting tak bahaya macam produk-2 yang dijual maybe ade bahan kimia yang bahaya yang mungkin kite sendiri tak tahu. kannn. Ok. selamat mencuba. 



         Cantikkan? Kak heliza pun gune petua ne tau. Ok. itu tipu je. =.=



Tuesday, May 8, 2012

Tanda - tanda si dia bermain kayu tiga

                                                                Stolen From En. Google 



Hye! salam satu malaysia. Berbalik pada topik yang di atas tu. Tanda -    tanda mengetahui si dia bermain kayu tiga di belakang anda. Kat sini aku nak share sikit lah tentang tanda-2 awal kite nak tahu teman kite ne bermain kayu tiga. Yang ne bukan cilok tau ne semua dari minda dan akal aku sendiri and of course laa dari pengalaman aku bercinta dengan player. Memang rubish laa kan. haha. Jom kite kaji satu persatu.


1. Kurang menghabiskan masa bersama kamu

Hurm. dye jarang bagi mase untuk kamu. kadang tu ada je alasan bila kamu ajak keluar, perut sakit lah, takde mood nak keluar lah. Takpun paling teruk die hilang terus macam tu je. Kalau dulu kamu tak payah nak sibuk-2 ajak keluar date die yang beria-2 kalau boleh tiap hari tiap minggu nak tengok muke kamu je tapi sekarang ada je alasan. Seribu satu alasan kata orang.

2.Kurang ber'sms atau call kamu 

Dulu waktu tengah-2 mekar mewangi selalu je sms kalau tak pun die akan call. Dalam satu hari tu mesti die nak dengar suara kamu, kate die kalau tak dengar satu hari boleh hilang semangat (konon laa kann). Sms  tak lepas pun satu minit. Kalau kamu lambat reply die mesti call kamu, then tanya kenapa lambat sebab tak nak kamu layan orang laen. (Means kamu sms dgn orang laen). Tapi sekarang semua dah takde makne sms ke tak call ke tak die buat tak kesah je. Kadang tu bile kamu tanya kenapa tak sms, jawapan dye ringkas dan senang je. Ops. sorry laa, saye terlupe. kann. (sebab saya sibuk sms dgn perempuan/lelaki lain. kann senang kalau terus terangkan. )

3. Kurang ambil berat tentang kamu

Kata orang kalau kita sayangkan seseorang tu mesti kite nak ambil berat tentang die kan. Mana die pergi. apa die buat kalau boleh kamu mesti nak ambil tahu. Yela, hati dah sayang bagi kamu semua tu sangat penting. Dulu die selalu je ambil berat tentang kamu setiap waktu die tanya tentang diri kamu. Yang paling penting tentang kesihatan kamu. Tiap waktu mesti kene makan, sebab taknak kamu jatuh sakit. Then, bile kamu di timpa susah pasti die orang pertama yang hulurkan bantuan. Tapi sekarang bile kamu share masalah kamu dengan die. Jawapan die orang laen pun ade masalah jugak cube belajar berdikari, jangan lah nak bergantung je. Kalau tak pun die akan cakap masalah apa? Kuatkan hati tu, takpe la ade kje sikit, nanti saya text awak balik. Tapi haram satu hari senyap  macam tu je.

4.Terlupa hari penting kamu

Yang ne paling ketara laa. Sampai hari penting dalam hidup kamu pun die lupa. Contohnya harini hari jadi kamu dan die terlupa, alasan banyak kerja. Paling teruk bile die terlupa Annivesarry kamu berdua. Dari sini dah tahu ada yang di belakang kamu yang buatkan die leka dan terlupa kan kamu. Sebab orang yang benar menyayangi kite takkan pernah sekali pun lupe hari istemewa untuk kite.

5.Jarang ucapkan sayang pada kamu

Kata orang kalau kita sayangkan seseorang tu kite mesti luahkan pada die. Kalau dulu hampir setiap hari hantar sms pada kamu, love you sayang. Dah jadi kebiasaan die sebelum mulakan hari die atau pun sebelum tido, tapi berbeza dengan sekarang kamu da jarang sangat dengar kadang tu bile die ucapkan dah tak seihklas dulu. Yela takat nak jaga hati kite je.

6.Mule menjauhkan diri 

Bagi aku yang ne paling ketara bila seseorang tu ada yang lain, die akan ambil langkah perlahan - lahan pergi dari hidup kamu. Mule-2 die akan hilangkan diri selama berhari-2.  Kekadang tu sampai berminggu-2 kamu tunggu je macam tunggu buah tak jatuh-2. Memang perit la kan, lepas die cari kamu die mungkin bagi alasan yang tak masuk dek akal bile kamu bertanya.


So yang ne semua dari pengalaman aku sendiri lah, apa yang aku tahu aku share kat korang semua. Memang ayat tunggang terbalik. ayat sendiri laa katakan. haha. Tapi tak semuanya betul kan aku cakap juz atas pengalaman aku je, saje nak bazir masa hari ni pos kat sini. Tapi nasihat aku apa pun jangan laa maen tuduh je ye. Periksa dulu yang penting berserah, macam aku dulu aku tak syak apa - 2 last-2 bukti depan mata sendiri. So, aku bersyukur la sebab aku diberi petunjuk sebelum aku melangkah lebih jauh dengan orang macam tu. Tapi tu bukan orang tu rubish laa.  haha. Sekian, semua. Astavilasta bebey!



Monday, May 7, 2012

Lampu Isyarat



Sesungguhnya gambar di atas tiada kene mengena langsung dengan tajuk aku.

=

=

=

Ok, aku nak story sikit tentang lampu isyarat. Korang tahu kan lampu isyarat tu apa? Ada ke yang tak tahu. heee.

Lampu isyarat mempunyai warna seperti yang berikut.

Hijau, Kuning, Pink,  Merah.

Hijau maksud die sila lah jalan sekarang sebelum orang lain hon ko laju-2.

Kuning maksud die pulak amaran untuk berhenti sebelum merah marah.(Takde motip )

Pink? Sila lah jadi jambu. erk?

Merah tandanya sila lah berhenti bagi jalan pada orang lain pula ye.

Ni apa yang kita belajar masa ambil lesen kan, ( Pink tak termasuk ye adek-2 )

 tapi sekarang bila je sudah terlalu bijak dan terlalu Pro memandu

Semua tanda-2 ne dah bertukar jadi lain.

Nak tahu apa? jeng. jeng. jeng. ( pakai background sikit )

=

=

=

=

HIJAU - Memandu lah selaju yang boleh, langgar je lah siapa pun yang ko suka. 

KUNING - Tak payah berjaga-2 masih lagi boleh redah, takpe lagipun nyawa ko bukan nyawa orang lain.

MERAH - Eh, tak payah berhenti jalan je, peduli apa aku merah pun, aku nak cepat ne. Aku kan anak raja buat apa aku nak hormat dan bagi jalan pada orang lain. kannn. 


Haaa. kan undang-2 jalan raya dah tak di patuhi lagi. Sebab aku tengok zaman sekarang ramai yang macam tu, langsung tak hormat kan orang buat macam jalan sendiri lah katakan. Sila lah alert dah berapa banyak nyawa yang jadi korban ini lah sebabnye bila undang-2 di buat sendiri. Keselamatan tak di hiraukan cepat sampai ke sesuatu destinasi yang di utamakan. Pandu cermat jiwa selamat lah geng. Biar lambat asal selamat tapi jangan lah lambat sangat macam siput, nanti menyusahkan orang lain juga. So,  berhati-2 dan alert tentang orang lain juga. Kalau nak selamat bertimbang rasa dan tolak ansur lah di atas jalan raya. 

Sekian.


Friday, May 4, 2012

Tips nak kekal ceria dan hidup tenang

Hye readers. Hari ini jom kite motivasi diri supaya kite menjadi ke arah yang lebih positif. Aku nak share sikit bagaimana cara nak kekal ceria dan buat hidup rasa tenang sentiasa. Hidup ne memang takkan lepas dari masalah kekadang tu masalah yang buat hidup kite rasa tak tenang, rasa tak ceria, rasa macam - macam lagi laa kan. Siapa yang nak kan hidup asyik moody je asyik tekanan je. Chill beb, tiap orang mesti ada masalah dan kite akan sering di uji dan setiap ujian yang datang tu atas kehendaknya die hanya ingin menguji keimanan kite dan ingat laa die tak kan menguji di luar kemampuan kite.So, be positif ye sayang.Sebelum aku membebel macam mak nenek tak cukup gigi jom kite belajar macam mana caranya nak kekalkan ceria, bagus tau kekal ceria awet mude. heee.


1. Listkan setiap masalah yang berlaku harini

Haa. listkan masalah apa yang korang hadapi hari ni apa yang buat korang rasa tertekan sangat tu. List pada sebuah. aik. sebilah. sehelai laa. kertas. List je semua-nya, contoh macam korang marah sangat kat mamak kedai sebab buat air masin. haha. contoh aje kan. Lepas list tu, korang baca balik lepas dah baca korang koyak-2 je kalau paling drastik korang bakar je tak pun masuk je ketuhar. haha. Try laa. maybe berkesan tok sesetengah orang. Aku selalu buat macam ni, tapi aku tak masuk ketuhar laa. hehe.

2. Menangis laa sepuasnya

Menangis laa sekuat hati dan sepuas hati korang tapi jangan sampai keluar air mata darah ye. Tak moh - tak moh tak baek untuk kesihatan. Menangis ne bagos sebenarnya tapi jangan laa terlalu kerap sebab tak baik untuk mata ye. Yang penting menagis laa dalam bilik so takde siapa nampak muke selebet kite, pilih tempat yang sesuai ye.

3. Meluahkan apa yang terpendam

Meluahkan lebih baek sebenarnya daripada memendam, makan hati nanti kalau kite memendam je. Pilih laa seorang teman atau pun kawan yang di percayai ye. Ingat jangan sebarang meluahkan sebab kadang apa yang kite luahkan akan tersebar luas, nak ke semua orang tahu masalah korang? So, berhati-2 laa ye.Cari laa pendengar yang setia, die tak pandai nasihat pun takpe janji dye tahu keep-2 sudah.Kalau kite rasa tak percaya pada manusia Allah sentiase mendengar keluh resah kite. So, mengadu laa pada die, insyaallah kite akan rasa tenang selepas meluahkan.

4. Tingkatkan keyakinan diri

Yang ne paling penting laa kan, tingkatkan rasa yakin dalam diri tu. Kalau kite tak yakin macam mana kite nak hidup ceria kan. So, cube laa buat bende ne. Tarik nafas dalam-2, buat kiraan lepas tu hembus, buat lagi ulang sampai tiga kali insyaallah boleh rasa tenang lepas tu. (Time tarik nafas jangan fikirkan masalah pulak, fikirkan sesuatu yang buat korang rasa nyaman dan tenang) dan ubah fikiran kite ke positif jangan fikirkan kegagalan semata-2, dan jangan fikirkan kekurangan diri kite semata-2, serta wujudkan rasa syukur dalam diri dan fikirkan apa yang kite ada sekarang adalah yang terbaek. Mungkin ne boleh bantu korang rasa lebih yakin. Ingat minda yang postif menjamin kehidupan yang bahagia.

5. Senyum seihklas hati

Haa, senyum laa wahai hati. hee. Cube senyum walaupun rasa sumbang semata-2. Mule-2 memang rasa terpakse lepas tu mesti dapat senyum dengan ihklas ye. Try la, mesti lepas tu rasa ceria tak pun cube senyum dengan orang lain. Senyum ne sedekah kan, dan senyum ne boleh buat orang rasa bahagia. Betul tak? Macam aku suke senyum kat orang tapi ada yang salah faham aku suke die. Erk, tak ok dalam hati aku dah ada pun yang isi. (Takde motip) Kalau tak dapat senyum pun cuba lah ingat something yang lawak yang pernah jadi macam korang keluar rumah terlupa nak pakai seluar. Oopss. hee. Contoh je pun. Tapi kalau liat sangat nak senyum apa kate tengok lah cerita yang lawak, bagos tau kalau kite selalu layan cerita lawak ne dapat jugak buat kite rasa ceria. Mood ceria pun mesti datang kat korang, jangan pulak hati sedih layan pulak cerita sedih lagi korang rasa sedih. Kalu dah macam tu tak dapet laa kakak nak menolongnye.

6. Buang yang keruh ambil yang jernih dan belajar memafkan orang lain

Yang ne aku baru dapat dari my abah yang tercinta, aku ingat lagi semalam abah cakap belajar untuk memaafkan orang lain dan jangan bermusuh sesame kite. Sebab kite ne sama je, bile kite belajar memaafkan orang lain itu akan buat kita rasa tenang, dan buang yang keruh ambil yang jernih. Jangan ingat lagi hal yang dah lepas mulekan hidup yang baru dan anggap apa yang berlaku sekadar ujian dan pengajaran pada kite untuk lebih matang dan teruskan hidup dengan aman dan sentosa. (Wah, dah macam kampung, aman dan sentosa)

Cukup sampai disini saje (dah macam lagu) yang aku boleh kongsi, ne semua atas apa yang aku tahu dan kalau ada yang salah harap di maafkan. Dan pesanan dari penaja (kelas gituu ade penaja) hidup memang takkan terlepas dari masalah, tapi Allah tu maha bijaksana sebab kurniakan akal dan fikiran untuk kite memilih jalan hidup kite, serta terus laa memandang kehadapan dan jangan toleh kebelakang lagi. So moralnye, jangan terlalu kecewe atau pun terlalu mengenang nasib dan bersedih dengan apa yang kite hadapi. Chill lah ye, its normal for human lagipun ade ke manusia yang takde masalah? kalau ada sile berjumpe dengan aku, sebab aku nak bagi masalah dekat die. heee. Ok, apa pun kekalkan laa keceriaan awak-2 semua ye jangan biarkan masalah menyelubungi awak-2 semua. (buat lah background muzik) Sekian, terima kaseh.



Wednesday, May 2, 2012

02.05.2012

Berabuk sudah blog aku ne, lamenye tak update. Nasib baek aku dah ingat password blog aku ne, lega rasenye. Nampak tak tajuk kat atas nun, (mesti laa nampak kann. haha!) 02.05.2012 ape yang ade dengan tajuk aku tu ye. Tu laa tarikh keramat . haha. keramat laa sangat kann. Juz joke! Sebenarnye tarikh 2.5.2012 tu tarikh genap  usia hubungan aku dengan En kekaseh. Akhirnya, genap 3 tahun da hubungan percintaan kami. wah percintaan gitukan. hahaha!

Kami mule kenal sejak tahun 2009, time mudo-2 dolu kann. Aku ingat lagi mula-2 kiteorang kenal kiteorg kutuk mengutuk sesame sendiri, bila ingat-2 balik memang kelakar gyle. haha. Kejadian tu jadi kat perpustakaan dan tempat kami sama-2 belajar dulu. Actually, kiteorang ne satu tempat belajar. Sejak dari situ masing-2 rasa laen. hehe. Last-2 berputik laa bibit cinta antara kami. haha!


Ne masa baru je couple~ ok, agak skema ye. hehe. 
Tahun 2009~


                                       
 Masa di tempat blajar, sambut hari raya lorh~

Aku ne setahun tua dari dye. Mule-2 memang laa rasa laen memandangkan die sebaya dengan adek aku yang bongsu. Tapi bile hati da terjatuh kann. hehe. Terima laa seadanya, tapi aku rasa selesa dengan dia memandangkan kami sama-2 memiliki sifat sengal~ haha. That why bila dengan dia rasa happy je. :)

                                     
  Gambar kenangan masa pernikahan abang aku, 
      awal tahun 2012~

Kata orang memang susah nak kekalkan, memang bermacam-2 rintangan yang kami dah dapat. Susah senang sama-2 adap, alhamdulillah kami kekal sampai sekarang. Mudah-2 han en kekaseh jadi yang terakhir dalam hidup aku. wah. haha! So. aku tak nak membebel panjang-2 laa. juz nak ucap thanks sesangat dekat En Kekaseh sebab dah bahagiakan kite (hehe) selama 3 tahun dan rajin layan karenah kite yang macam-2 ne. i always love u until the end of my life. ayat en kekaseh yang di copy (hehe!) Sayang dye ketat-2 la! hehe. Ok, saya melebih-2 maafkan saya kalo ade yang meluat~ hehe.


Hak Milik Cik Cyda Ramli