Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Korban

Ne gambar copy dari maxis mms. haha.

Hari ni Raya Haji, bertemu juga kita akhirnya. Bersyukur nya rasa bila masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat dunia. Alhamdulillah. Hari raya haji ne selalu sangat orang buat kenduri kesyukuran macam esok kenduri di rumah nenek aku. Then, harini pun masing-2 buzy buat juadah kan, macam-2 ada, rendang, kari, kuah kacang dan yang paling sedap lontong. Wah, sodapnyo. pebret lah tak sabar nak balik kampung besok nak rasa lontong nenek.

Tapi bila teringat zaman den kocik-2 dolu. Aku de satu kisah berkaitan Raya Haji, dulu kawan aku pernah ajak pergi beraya rumah orang. Mule-2 terfikir bukan raya haji ne tok orang pergi haji ke, aku terus tanye kawan ne. Jawapan dia eh, takde lah kita pun boleh raya lah, jom lah wey. Aku pun lurus ikut je lah. So, nak dijadikan cerita, kami pun pergi lah rumah sorang makcik ne, makcik ne kami kenal biasa beli aiskrim dekat dia. hehe.  Bagilah salam, mule-2 ok je maybe makcik tu pikir kiteorang nak beli aiskrim. Bila kawan aku cakap nak beraya muka dia terus berubah. haha. Then dia ajak kiteorang masuk, makan-2 dengan muka tak bersalah. haha. Nak balik tu kami salam lah makcik tu nak tahu tak macik tu sound direct wey, Dia cakap raya haji ne tok orang yang pergi haji bukan tok kita. Amek ko, setepek kene muke ahmad nisfu. takde kaitan ok. hehe. Wah, aku pun pandang kawan aku, tu lah aku dah cakap ko degil. Inilah kenangan aku waktu kocik-2 dolu sampai sekarang teringat bila raya aji je. hehe. Adex-2 jangan ikut macam akk ye contoh yang tak baek.

So, disini aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua dan semoga jemaah haji selamat sampai ke tanah air, dan segala ibadah mereka di berkati, mudah-2han dengan izin allah. Dan pada kita sesame lah kita tingkatkan iman kita dan berusaha ke arah kebaekan. Insyaallah. Amin. K. Good Nyte.

0 bebelan:

Post a Comment

Hak Milik Cik Cyda Ramli