Wednesday, November 16, 2011

Sakit Hati


Malam kian melabuh pagi pun dah mula menjengah-2 tapi mata ne payah nak lelap pulak. Then terasa nak post entri awal pagi macam ni. Hurm, terasa nak share tentang suatu perasaan yang di sebut "sakit hati". Hurm aku sure lah semua orang mesti rasa perasaan ne kan. Selalunya sakit hati ne datang bila sesuatu pekara yang buruk jadi pada kita contohnya, apabila perasaan kita di permainkan dan di perodohkan, erm then, bila apa yang kita nak tak dapat, tak pun bila orang cakap ikut sesuka hati aje tanpa fikir perasaan kita. Yela, kita je jaga perasaan orang tapi perasaan kita dye buat macam takde benda je, sakit hati kan bila kita kene macam ni ada tu rasa nak bunuh je orang tersebut tapi kita jangan terus melulu marah dan terus menghukum. Cube bila kita dalam situasi ne kita amek masa relax kejap, jangan fikirkan apa yang kita lalui tu sebab nanti lagi kita sakit hati kan. So, amek mase relax tarik nafas dalam-2 tapi jangan tak hembus-2 pulak karang laen yang jadi ye tak? hehe. Then kita minum air sejuk secawan, air sejuk tu boleh sejukan hati yang panas tau. Tak caye? ce try. Then, yang pastinya kembalikan fikiran yang positif past is past rite? So, take it easy memang susah nak buat macam ni tapi try lah ye, yang penting kene redha lah dan bersyukur orang sakitkan hati kita. Kita terima ganjaran yang baek. kan. Erm, lagi ce try layan cerita-2 kelakar or campur dengan orang-2 yang suke loyar buruk cari keseronokan sendiri lah kiranya, mesti kita sejuk balik. Then kalau boleh lah ambil wudhu. haa. mesti paling mujarab. So, moralnya kat sini kalau orang sakitkan hati kita jangan ambil kisah sangat, tak ke mana pun orang tu, yang penting kita kena happy selalu. Tak nak marah-2 tak awet mude lah macam aku. haha. Ok sila lah tampar saya. Anggap je orang yang sakit kan hati kita tu sebagai cabaran hidup dan kita kene berterima kasih dengan orang macam ni sebab dye dah bagi kita belajar erti kesabaran. Betul tak? kalau tak betul sila betulkan fius saya. haha. Renung-2kan dan mula kan hidup anda dengan fikiran yang positif dan lebih ceria untuk kekal muda selalu. Sekian, Tata. Selamat pagi warga bumi.


0 bebelan:

Post a Comment

Hak Milik Cik Cyda Ramli