Monday, November 21, 2011

Bibir Merekah lah

Stolen dari Google.


Hye selamat hari isnin, mesti ramai yang tak suke hari isnin kan?  Yela dah sesedap cuti nak kene keje. Aku pun lemah kalau hari isnin. hehe. Hari ni aku nak share sikit lah tentang masalah bibir merekah ne. Dulu aku memang ade masalah tu, aku ne memang pakai pelembap bibir je memandangkan aku tak suka pakai lipstick sebab aku suka nampak neutral. Cehwah. haha. Tapi tu memang betul lah aku sangat tak suka pakai lisptick kalau setakat lip gloss boleh tahan lah lagi kan. So, berbalik pada bibir merekah, dulu memang ne lah masalah aku sampai tekanan aku terpakse basahkan bibir dengan air kekadang sanggup aku kopek sampai berdarah then dah luke tak boleh makan pepedas. Aisshhh. Lip balm memang sentiasa aku pakai lah, tapi masalah bibir kering langsung tak berubah. Last-2 aku dapat satu tips ne, kata orang dekat bibir kita ne ade sel kulit mati sebab tu lah selalu je kulit bibir kita merekah sebenarnya. Nak bagi elak bibir merekah korang gune je berus gigi yang tak pakai jangan lah ambil yang dah season lebih elok yang baru, alah beli yang murah pun dah cukup dah. And then korang berus bibir korang dengan berus gigi tu, jangan terlalu kuat lah, sakit kot kuat-2 sangat, bibir kita kan sensitif. Lepas tu dah berus tu korang rasa dengan jari ada tak macam pasir-2? Kalau ada tu lah kulit mati korang then basuh je dengan air. Cer tengok dua ke tiga hari ni ada lagi tak masalah bibir kering. Aku dah buat alhamdulillah dah takde lagi dah masalah tu, kalau nak lagi mujarab buat dua kali sehari lepas mandi tu ke, cube try tapi kalau tak mujarab maybe bibir korang dah tahap kritikal. So, minum air suam bebanyak lah ye. Sekadar berkongsi tips, sharing is caring. rite? Ok. sekian.



4 bebelan:

  1. saya pun ada masalah ni. dulu ada orang cakap pakai berus gigi, tapi saya tak caye. hoho. lepas ni nak try la. :D

    ReplyDelete
  2. akak pula guna lip balm NIVEA tu je. dr skolah sampai tua...~ huhu

    ReplyDelete
  3. hehe, maybe sebab akk nye bibir ori cantik :)

    ReplyDelete

Hak Milik Cik Cyda Ramli