Monday, November 21, 2011

Bibir Merekah lah

Stolen dari Google.


Hye selamat hari isnin, mesti ramai yang tak suke hari isnin kan?  Yela dah sesedap cuti nak kene keje. Aku pun lemah kalau hari isnin. hehe. Hari ni aku nak share sikit lah tentang masalah bibir merekah ne. Dulu aku memang ade masalah tu, aku ne memang pakai pelembap bibir je memandangkan aku tak suka pakai lipstick sebab aku suka nampak neutral. Cehwah. haha. Tapi tu memang betul lah aku sangat tak suka pakai lisptick kalau setakat lip gloss boleh tahan lah lagi kan. So, berbalik pada bibir merekah, dulu memang ne lah masalah aku sampai tekanan aku terpakse basahkan bibir dengan air kekadang sanggup aku kopek sampai berdarah then dah luke tak boleh makan pepedas. Aisshhh. Lip balm memang sentiasa aku pakai lah, tapi masalah bibir kering langsung tak berubah. Last-2 aku dapat satu tips ne, kata orang dekat bibir kita ne ade sel kulit mati sebab tu lah selalu je kulit bibir kita merekah sebenarnya. Nak bagi elak bibir merekah korang gune je berus gigi yang tak pakai jangan lah ambil yang dah season lebih elok yang baru, alah beli yang murah pun dah cukup dah. And then korang berus bibir korang dengan berus gigi tu, jangan terlalu kuat lah, sakit kot kuat-2 sangat, bibir kita kan sensitif. Lepas tu dah berus tu korang rasa dengan jari ada tak macam pasir-2? Kalau ada tu lah kulit mati korang then basuh je dengan air. Cer tengok dua ke tiga hari ni ada lagi tak masalah bibir kering. Aku dah buat alhamdulillah dah takde lagi dah masalah tu, kalau nak lagi mujarab buat dua kali sehari lepas mandi tu ke, cube try tapi kalau tak mujarab maybe bibir korang dah tahap kritikal. So, minum air suam bebanyak lah ye. Sekadar berkongsi tips, sharing is caring. rite? Ok. sekian.



Sunday, November 20, 2011

Oh Harimau Malaya

Stolen from google, kalau nak amek depan-2 mimpi je lah kan. 

Malam dah semakin malam pun (mencarut semata-2) tapi mata ne macam biasa lah payah je nak lelap even siang tadi dah penat buang masa. Harini aku menyibuk kan diri dengan menghadiri temuduga terbuka kat bangunan persekutuan Ayer Keroh( ayer dye tak pernah jernih. ok.). Ramai boleh tahan dan tetapi... tempatnya tak strategik, sempit lorh. Then peluang kerja pun tak banyak boleh kira dengan jari company-2 yang join. Aku punya lah harap nak cari keje tapi hampeh je. Dah stop bla-2.
 Ok, aku nak story pasal bola tadi aku memang terlambat tengok. Balik dah petang bola pulak start pukul 5, aish tapi masih sempat lagi tengok dan seperti yang aku jangka kan Malaysia menang. haha. Alhamdulillah, tapi aku tahu indonesia masih lagi tak puas hati sebab Malaysia menang kelmarin kan. Relax lah takkan pasal bola nak bergado kot, matang lah sikit masyarakat-2 sekalian ye. Dont be childish lah. Apa pun cannot lah bila tengok malaysia lawan Indonesia kelmarin saket je, dah lah maen bola sepak macam maen ragbi then tgk lah tadi pun Myanmar lebih kurang je siap nak bertekak kat padang. Macam-2 ragam lah manusia ne pasal bola semua nak bergado je. Tapi apa pun Malaysia dah menang pun. Makan besar lah. Then aku salute lah Malaysia Original anak jati takde pemain import. Terbaek lah Harimau Malaya. I like 99 percent( wah tak ihklas ke?). Tapi kenapa lah kan peminat yang over-2 gedik. Emosi terlebih je siap nak ugut-2 pemain malaysia then paling sakit hati jurulatih tak dapat masuk padang mentang-2 tuan rumahkan. Tapi its ok lah harimau malaya even apa pun korang tetap menang. Aku tetap sokong dari dulu lagi, pemain Malaysia dah tunjuk kan kemantapan dorang Tapi Malaysia jangan cepat rasa bangga ye lepas ne ada game lagi. Teruskan usaha, rakyat Malaysia sentiasa sokong korang lah. Nak-2 tengok dekat fb je berapa ramai yang post pasal bola, aku baca aku yang pening macam-2 kata semangat so, keep it up. Tapi itu lah masyarakat Malaysia kalau menang wah. puji tinggi sampai nak cecah langit kalau kalah keji macam dye sorang pandai maen bola. haha. Sorry to say tapi memang selalu terjadi. Kan senang bila kalah pikir menang kalah adat permainan asal kan dorang dah usaha. Ha, macam tu baru lah fair takkan time menang je kite beria-2 kan. Ok sila berhenti ceramah. aku dah rasa mengantuk harap tido lah aku dengan lena ye. Dekat luar pun dah raining-2 (rosakkan bahasa keje aku) Lastly, majulah sukan untuk negara ye, kalau tak maju sila lah maju-2 kan. bubye.

Wednesday, November 16, 2011

Sakit Hati


Malam kian melabuh pagi pun dah mula menjengah-2 tapi mata ne payah nak lelap pulak. Then terasa nak post entri awal pagi macam ni. Hurm, terasa nak share tentang suatu perasaan yang di sebut "sakit hati". Hurm aku sure lah semua orang mesti rasa perasaan ne kan. Selalunya sakit hati ne datang bila sesuatu pekara yang buruk jadi pada kita contohnya, apabila perasaan kita di permainkan dan di perodohkan, erm then, bila apa yang kita nak tak dapat, tak pun bila orang cakap ikut sesuka hati aje tanpa fikir perasaan kita. Yela, kita je jaga perasaan orang tapi perasaan kita dye buat macam takde benda je, sakit hati kan bila kita kene macam ni ada tu rasa nak bunuh je orang tersebut tapi kita jangan terus melulu marah dan terus menghukum. Cube bila kita dalam situasi ne kita amek masa relax kejap, jangan fikirkan apa yang kita lalui tu sebab nanti lagi kita sakit hati kan. So, amek mase relax tarik nafas dalam-2 tapi jangan tak hembus-2 pulak karang laen yang jadi ye tak? hehe. Then kita minum air sejuk secawan, air sejuk tu boleh sejukan hati yang panas tau. Tak caye? ce try. Then, yang pastinya kembalikan fikiran yang positif past is past rite? So, take it easy memang susah nak buat macam ni tapi try lah ye, yang penting kene redha lah dan bersyukur orang sakitkan hati kita. Kita terima ganjaran yang baek. kan. Erm, lagi ce try layan cerita-2 kelakar or campur dengan orang-2 yang suke loyar buruk cari keseronokan sendiri lah kiranya, mesti kita sejuk balik. Then kalau boleh lah ambil wudhu. haa. mesti paling mujarab. So, moralnya kat sini kalau orang sakitkan hati kita jangan ambil kisah sangat, tak ke mana pun orang tu, yang penting kita kena happy selalu. Tak nak marah-2 tak awet mude lah macam aku. haha. Ok sila lah tampar saya. Anggap je orang yang sakit kan hati kita tu sebagai cabaran hidup dan kita kene berterima kasih dengan orang macam ni sebab dye dah bagi kita belajar erti kesabaran. Betul tak? kalau tak betul sila betulkan fius saya. haha. Renung-2kan dan mula kan hidup anda dengan fikiran yang positif dan lebih ceria untuk kekal muda selalu. Sekian, Tata. Selamat pagi warga bumi.


Monday, November 14, 2011

Abuya


Semalam aku menghabiskan masa satu hari bersama en. kekaseh, aduhai even dah keluar semalam aku tetap rindukan dia lah. hehe. Ok,lupekan teruskan cerita, Bila tengok wayang semuanya yang tak menarik minat, last-2 kami pilih cerita Abuya dalam keterpaksaan. hehe. So, kami pun beli lah tiket yang aku tak tahan pekerja dia boleh tanya dah cukup 18 ke? Yela, cerita abuya ne kan untuk 18 tahun ke atas. Agak terkejut lah aku dengar tapi rasa panas telinga pulak nak-2 en. kekaseh. hehe. Last-2 jawapan en. kekaseh "takde lah tak cukup lagi kami baru 17", aku bantai ketawa. Pekerja kat situ memang muke bengang lah, memang kami nampak macam budak sekolah bile berdua sebab perangai masing-2 macam bebudak bila jumpa tu masing-2 macam gayat. hee. nampak macam kami tak matang tapi kami da cukup umur lah. Memang bentuk fizikal nampak kecik tapi kami da dewase lah. Da cukup umur nak mengundi pun. Ke nak kami letak kat dahi kami da besar! Aku tahu bila umum tengok kiteorang dorang anggap kami masih belasan tahun sebab terkadang aku terbiasa dengar alar budak sekolah alar baru abis sekolah. Korokmu lah! Ok, sekarang cerita tentang abuya, Sumpahlah aku tak pernah tengok wayang yang dalam panggung dia kurang dari sepuluh orang, semalam aku memang terkejut gile. da terkejut gile pulak. Erm, termasuk kami hanya 8 orang je dalam panggung tu. 

Then cerita nya halamak, tak seronok langsung and kekadang tu ada yang tak kene jalan ceritanya senang kata merepeklah. Sorry to say lah pada pengarah dia tak patut ada cerita macam tu endingnya siap ada sambungan. ok, aku pun tak nak tengok sambungan nya sangat mengarut. Ok, sorry sebab mengkritik filem ne. ampun-2 tapi ne dari apa yang aku tengok lah sebab dalam wayang tu semuanya tak puas hati dengan cerita tu.  

=
=
=

Lepas tengok wayang tu kami berjalan sampai tak boleh nak jalan lah. Tapi sepanjang
kami jejalan tu ramai couple yang bergado, kami pun pelik. 
Semuanya bergado, jalan depan sikit bergadoh lepas tu jumpa lagi bergadoh lagi.
Adush, kenapa lah semalam ye sangat pelik, ada yang awek mara pakwe dye ade yang 
pakwe mara awek dye. Agaknya semalam hari bergado seduia kot, and masing-2 mood tak ok.
Tapi gado-2 ne kekadang eratkan lagi kaseh sayang tu tapi kalo gado-2 makin benci
tu memang payah nak rawat.
So, kalau sayang jangan ada benci ye. kalau ada buang jejauh ye. peace.





Thursday, November 10, 2011

11.11.11

Apa yang ada pada 11.11.11, kenapa tarikh ne sentiasa menjadi istimewa dan pilihan untuk tarikh penting seseorang ye?  Maybe pada aku lah tarikh senang ingat kot. hee. Yela ramai yang berebut nak nikah nak bertunang pada tarikh ne, ada yang dah buat perjanjian dengan doktor nak beranak pada tarikh ne. Mak ai, tapi bila di telek-2 balik 11.11.11 adalah tarikh istemewa kerana tiada nombor lain yang ada dan nombornye sume sama je kan unik dan nampak menarik sebab tersusun cantik je.
Tapi pada pandangan barat hari tersebut adalah hari kemusnahan bumi dalam erti kata kiamat. Bagi aku itu hanyalah sekadar pandangan, dan tiada siapa pun yang mengetahui bila tibanya hari kiamat, di dalam Al-quran pun telah termaktub istilah tu. Kiamat pasti datang tapi itu adalah rahsia Allah tiada siapa yang mengetahui nya tapi kat dunia ne bermacam-2 ajaran serta amalan tapi bagi kita orang islam hanya Allah yang patut kita percaya dan Al-quran disediakan untuk dijadiakn pedoman hidup kita. So, pada yang menikah dan bertunang pada esok hari, selamat bertunang dan selamat menikah ye, Dan pada yang melahirkan anak pada esok hari tahniah ye. Apa-2 pun have a nice day esok hari ye, bagi aku yang special sok adalah kerana ia jatuh pada hari jumaat, penghulu segala hari tingkatkan iman dan tingkatkan amal ibadah kita, Insyaallah. Sekian, Tata.



Tuesday, November 8, 2011

Kenapa dengan kau?


Hye, Readers. Sejak akhir-2 ne mood nak menaip amatlah malasnya seakan-2 seorang yang pemalas yang tahap melampau gaban la. Sekarang aku tengah buzy mencari-2 kerja. Wah memang payah la nak cari keje, aku pelik kebanyakan keje semuanya nak pakai yang berpengalaman abes tu macam mana yang takde pengalaman? Masalah betul kebayakan yang aku minta pun mesti macam tu. Memang lah nak yang ade pengalaman tu lebih baik tak payah nak ajar, tapi kalau tak bagi peluang macam mana nak de pengalaman? So, terpekse lah buka syarikat sendiri ye tak. hehe. Tapi sabtu ne aku ade temuduga tak tahu lah macam mana situasi kerja tu, Nak-2 syarikat peguam. Tapi kalau rezeki aku, alhamdulillah. Tapi awal-2 puan tu dah cakap Cik Cyda "B ON TIME" ye. haha. Agak tegas lah jugak tapi aku faham dah nama pun perempuan mesti macam tu. So, berbalik pada cerita kenapa dengan engkau? Kenapa dengan aku sebenarnye saja tukar ayat. ok, saya senget. Erm, sejak akhir-2 ne aku selalu ade masalah tido malam. Bila malam je tido aku mesti terganggu, aku memang payah nak lelap. Selalunya memang lambat aku dapat lelap, pukul 3 pagi 4 pagi baru aku dapat lena. Kata orang kalo tido malam terganggu berpenyakit masalah tekanan darah rendah? betul ke?
Aku pun tak berapa pasti sama ada fakta atau auta ka? Tapi apa pun aku cube sedaya upaya untuk lelap jugak. So, malam ne aku mencuba, cube, cube, lagi, dan lagi. Harap aku lena dibuai mimpi yang indah. haha. Ok lah. Good evening semua. Aku dalam keadaan tak berape nak sedar. ok. itu ridiculous. hehe. Bubye! :)
                                                                                                                               

   
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                       

Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Korban

Ne gambar copy dari maxis mms. haha.

Hari ni Raya Haji, bertemu juga kita akhirnya. Bersyukur nya rasa bila masih lagi diberi peluang untuk merasai nikmat dunia. Alhamdulillah. Hari raya haji ne selalu sangat orang buat kenduri kesyukuran macam esok kenduri di rumah nenek aku. Then, harini pun masing-2 buzy buat juadah kan, macam-2 ada, rendang, kari, kuah kacang dan yang paling sedap lontong. Wah, sodapnyo. pebret lah tak sabar nak balik kampung besok nak rasa lontong nenek.

Tapi bila teringat zaman den kocik-2 dolu. Aku de satu kisah berkaitan Raya Haji, dulu kawan aku pernah ajak pergi beraya rumah orang. Mule-2 terfikir bukan raya haji ne tok orang pergi haji ke, aku terus tanye kawan ne. Jawapan dia eh, takde lah kita pun boleh raya lah, jom lah wey. Aku pun lurus ikut je lah. So, nak dijadikan cerita, kami pun pergi lah rumah sorang makcik ne, makcik ne kami kenal biasa beli aiskrim dekat dia. hehe.  Bagilah salam, mule-2 ok je maybe makcik tu pikir kiteorang nak beli aiskrim. Bila kawan aku cakap nak beraya muka dia terus berubah. haha. Then dia ajak kiteorang masuk, makan-2 dengan muka tak bersalah. haha. Nak balik tu kami salam lah makcik tu nak tahu tak macik tu sound direct wey, Dia cakap raya haji ne tok orang yang pergi haji bukan tok kita. Amek ko, setepek kene muke ahmad nisfu. takde kaitan ok. hehe. Wah, aku pun pandang kawan aku, tu lah aku dah cakap ko degil. Inilah kenangan aku waktu kocik-2 dolu sampai sekarang teringat bila raya aji je. hehe. Adex-2 jangan ikut macam akk ye contoh yang tak baek.

So, disini aku nak ucap Selamat Hari Raya Aidiladha pada semua dan semoga jemaah haji selamat sampai ke tanah air, dan segala ibadah mereka di berkati, mudah-2han dengan izin allah. Dan pada kita sesame lah kita tingkatkan iman kita dan berusaha ke arah kebaekan. Insyaallah. Amin. K. Good Nyte.

Friday, November 4, 2011

Oh Goreng Telur, Telurnya Masin

Hari ne takde ape yang menarik pun, keje aku ngadap lappy je sampai lebam. haha. tapi belum lebam lagi. ok? Aku sibuk belajar buat tutorial even rasa dah give up ne tapi aku punya orang selagi tak puas hati selagi boleh mengadap aku buat jugak. Memang tired lorh. Sampai tak makan. hee. Dah malam baru nak makan. Ne yang nak cerita pada tajuk kat atas nun. TELUR DADAR MASIN. haha.
Nak di jadikan cerita tengah-2 busy adap blog perut rasa lapar. Dia berdangdut pulak, memandangakan hari ni mak aku masak kari o. aku tak suke kari, aku tak suke makanan berempah & bersantan. Sangat tak gemar even kekadang terpakse makan jugak. So, aku
pun goreng lah telur. tapi bila aku makan. haha. Memang hampeh lah
sumpah masin. haha. Selalu orang tua kata masak masin ne nak kawen. tapi aku belum nak kawen tu tandenye aku xcekap nak masak. Umur dah 22 taon tapi masak aku failed. haha. Malu je, maknenye lepas ne aku kene gak memasak sebab selama ne kalau aku ke dapur pun aku juz tolong-2 yang patut je masak memang mak aku. haha. ok, cyda kamu mesti belajar masak. Kalau tak belajar jangan harap ada orang nak pinang ko. hehe. Sangat memalukan lah. Tapi tak kesah lah adat lah orang bujang. hehe. even masin pun aku tetap habiskan. hee. So, hari ni sudah terlalu penat mengadap lappy aku nak beradu lah pulak. sakit sudah segala sendi-2. hehe. Sebelum berakhir, hehe. nak ucap thanx yang tak terhingga lah pada yang follow dan tinjau-2 blog yang tak seberapa dengan cerita yang melalut-2 kat sini. Thanx sesangat. Sekian semua. Tata. Selamat Nite. haha. :)



Thursday, November 3, 2011

Impian yg mungkin tercapai atau sekadar angan-2



 Erm sebut pasal impian ne, semua mesti ada impiankan juz tercapai dengan tak je kan. Same like me, tapi apa yang aku impikan still lagi tak tercapai lah. Yela kata orang apa yang kita nak tak semestinya kita dapatkan, tapi usaha tu penting kata orang di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Betul ke ayat aku ne. ok. dah lupe. haha. cikgu B.M sila tampar saya. haha. 

=
=

Sebelum melalut lebih-2 lagi nak sharing sikit tentang impian aku a.k.a angan-2 aje tu. =.=
First, impian aku nak belajar maen gitar. aku memang sukakan muzik, aku suke menyanyi even suara aku macam, erm macam, macam siti haha. ok. itu tipu. 
Dari sekolah lagi tu lah impian aku tapi tak pernah kesampaian sampai lah umur aku da 22 tahun ne. 
Tapi aku tak pernah lupakan impian aku tu. Aku teringin nak memiliki sebilah? sebiji?  eh. sebuah?
gitar. ok, harap-2 tercapai sebelum aku ke alam rumah tangga. haha.

=
=

Selain gitar. aku teringin mempunyai perniagaan sendiri. Aku teringin sangat nak memiliki sebuah kedai kek!
ye, tu lah cita-2 aku. Aku teringin nak buka kedai kek dan belajar bermacam-2 kek yang sedap
yang semestinya halal, suci dan bersih. haha. Tapi tercapai atau tak itu semua atas usaha aku sendiri. =.=

=
=

Selain itu, impian aku nak jadi kaya. haha. ok. tu bukan impian tapi berangan je lebih minah senget ne.
haha. Tapi tak salah berangan asalkan aku tak kacau orang dan aku tak taksub ok. haha.

=
=

Then, aku teringin nak ada sebuah kereta atas titik peluh aku sendiri, aku tak suka mewah atas duit mak ayah aku. Aku teringin nak ada kereta dari duit aku sendiri. 
Why not, kalau usaha lebih mesti tercapai. rite?

=
=

Aku teringin nak anta mak ayah aku pergi haji. Yang ne antara impian aku. 
Gune duit sendiri untuk anta dieorang menunaikan fardhu haji.
Harap akan tercapai. Insyaallah. :)

=
=

Lastly, aku nak jadi isteri yang solehah dan baek untuk tulang rusuk aku. haha. ok, ne impian ke aku dah gatal nak kawen ne? haha. Tapi ne betul, bagi aku bila dah kawen apa pun yang kita buat semua untuk suami.
Dan bila dah kawen Allah menjadi pedoman kita. Masa tu lah kita nak beramal soleh. :)
Bagi aku bila dah kawen ne, macam-2 kene jage aurat, pergaulan, mulut dan macam-2 lagi lah.
Bukan gatal nak kawen tapi itu lah impian a.k.a angan-2. haha. 

=
=

Maybe tu je lah impian aku. maybe? haha. Agak mengarut tak? Tapi itu adat lah setiap manusia ada cita-2, impian. Aku ne memang suke berangan ada aje hal yang aku angan kan thats normal,
Kita hidup hanya sekali so manfaatkan sebaek mungkin yang boleh. Sekian. :)



  

Wednesday, November 2, 2011

Berjalan-2 dengan budak kecik!

Hye!Semalam aku hang out dengan kawan aku yang kecik molek ne. Masing-2 lepaskan bosan so, keluar jejalan selagi termampu nak jalan. haha. Cadang nak tengok wayang tapi hampeh je, cerita semua nya tak memberansangkan. haha. Agak-2 tengok cerita bosan je kiteorang pun bla lah, yela takkan nak bazir duit tengok cerita yang tah pape tah. haha. Kata kawan aku cerita apa tengok-2 tu lagi cam hampeh. hurm. aku kalau dengar macam tu aku pun tak kuasa lah tengok pelakon dia pun dah rasa macam tak besh. Then kitaorang pun jejalan la, sebelum tu isi perut yang kekosongan dekat mcd yang berhampiran. Dan time tu lah dak kecik ne ambil gambar aku, memang hampeh dan yang macam hampeh da di delete. hehe. Tak suke gambar candid! haha.

Muke tengah lapa ne. aish.


eee. orang nak mkn lah. nsib bek tak nampak tau!


Nasib baek dye mengaku ambil gambar aku senyap-2. Hampeh tol ingat die tengah maen mesej tapi rupanye snap dekat aku. uish. sabar je la. Nasib baek tak kene sekeh budak pendek ne. haha. Lepas je memakan kiteorang jejalan sampai penat. haha. Dah penat baru nak berhenti. hehe. Sambil jejalan kiteorang pun pose-2 lah. Nak amek gambar berdua takde sape nak ambilkan nak minta tolong orang kami segan lorh. huhu. 


Ini lah budak kecik yg aku maksudkan. cOmel kan. :)

Nak jugak! haha

haha. candid. cam mak nenek!

candid lagi. adush! tengah seronok layan anak kucing yg cute :)

alo-2 comey r 2. huhu

Okeylah ne ajalah gambar-2 kami berdua. hehe. Yang penting kami dapat menghilangkan bosan. hehe. Memang rasa penat gila. Ape pun kredit to budak kecik ne sebab sudi bawak aku jejalan. thnx yunx :)
Sekian.

Hak Milik Cik Cyda Ramli