Monday, October 31, 2011

Misteri Kehilangan Nenek aku

                                                                             
Semalam bersamaan dengan 31/10/2011. Detik hitam dan mencemaskan berlaku dalam family aku. Kami sekeluarga mendapat kabar berita yang tak baek. Nenek aku hilang tanpa kesan. Hurm. kejadian ni jadi waktu petang selepas asar, nenek aku baru balik dari KL dengan mak saudara aku sebelah rumah nenek aku ne. Biasalah orang tua bile nampak rumah bersepah ke atau makanan yang terbiar tak makan memang tak boleh duduk diam. so nak dijadikan cerita nenek aku ne terus pergi belakang rumah time tu pak sedare aku tengah mandi. Nenek aku cakap nak bagi ayam makan. Walaupun sebenarnye takde pun ayam kat situ, dah lama tak bela ayam, lepas je pak sedare aku usai mandi nenek aku tak balik - balik lagi. Pak sedare aku pun melilau lah cari pergi rumah mak sedare aku dekat sebelah pun takde. Apa lagi suasana kelam kabut pun jadi lah. Masing -2 pun da mati kutu nak cari dekat mana. Last-2 orang kampung turun padang bersama-2 dengan polis bantuan, cari punya cari sampai nak dekat mahgrib time tu aku dengan family on the way. Ayah aku memandu pun tak tentu arah sampaikan nak berlanggar dengan kereta depan kami, nasib baek sempat break da lah hujan time tu. Nasib baek takde ape-2. Then lepas aje azan mahgrib dapat panggilan dari pak sedara aku yang nenek aku dah jumpa pun. Leganya kami tak terkira, syukur alhamdulillah. Naib baek lah nenek aku takde ape-2 juz nenek aku lemah, yela dari petang sampai mahgrib tak makan apa-2 tak minum apa-2. Juz time diaorang jumpa tu nenek aku berlumpurkan pasir sungai. Time jumpa tu nenek aku dah ada kat tebing sungai maybe nenek aku nak panjat naek ke atas. Aku tak dapat bayangkan lah macam mana nenek aku berusaha nak naek ke atas yang da berusia 78 tahun. Kesian sangat, tapi alhamdulillah, semuanye selamat. Nenek aku sekarang di masukan ke hospital kerana kurang darah, harap keadaan dia stabil lah lepas ni dan harap takkan terjadi lagi hal macam ni. Tapi apa yang nenek aku cerita buat aku kecut perut sebab kata nenek dia ikut orang dan orang tu melambai-2 dekat dia. Subahannallah, ayah aku kata maybe tu orang bunian dia memang nak ambil nenek aku sebab dulu time kecik-2 nenek aku pernah kene sorok jugak, ne benda lama berulang lagi. Dan kata orang-2 kampung selepas mereka azan terus terjumpa nenek dekat pokok pisang terjelupuk. Wallahualam, semuanya yang jadi kehendak allah, tapi bila tengok keadaan rumah nenek dengan hutan tebal macam tu aku pun rasa serun. ok.aku lemah semangat. haha. Tapi hal macam ne tak boleh terlalu taksub, so apa pun kejadiaan adalah dari kuasa Allah, maybe ade hikmahnye yang kami sendiri tak tahu. Wallahuallam.


0 bebelan:

Post a Comment

Hak Milik Cik Cyda Ramli