Monday, October 31, 2011

Misteri Kehilangan Nenek aku

                                                                             
Semalam bersamaan dengan 31/10/2011. Detik hitam dan mencemaskan berlaku dalam family aku. Kami sekeluarga mendapat kabar berita yang tak baek. Nenek aku hilang tanpa kesan. Hurm. kejadian ni jadi waktu petang selepas asar, nenek aku baru balik dari KL dengan mak saudara aku sebelah rumah nenek aku ne. Biasalah orang tua bile nampak rumah bersepah ke atau makanan yang terbiar tak makan memang tak boleh duduk diam. so nak dijadikan cerita nenek aku ne terus pergi belakang rumah time tu pak sedare aku tengah mandi. Nenek aku cakap nak bagi ayam makan. Walaupun sebenarnye takde pun ayam kat situ, dah lama tak bela ayam, lepas je pak sedare aku usai mandi nenek aku tak balik - balik lagi. Pak sedare aku pun melilau lah cari pergi rumah mak sedare aku dekat sebelah pun takde. Apa lagi suasana kelam kabut pun jadi lah. Masing -2 pun da mati kutu nak cari dekat mana. Last-2 orang kampung turun padang bersama-2 dengan polis bantuan, cari punya cari sampai nak dekat mahgrib time tu aku dengan family on the way. Ayah aku memandu pun tak tentu arah sampaikan nak berlanggar dengan kereta depan kami, nasib baek sempat break da lah hujan time tu. Nasib baek takde ape-2. Then lepas aje azan mahgrib dapat panggilan dari pak sedara aku yang nenek aku dah jumpa pun. Leganya kami tak terkira, syukur alhamdulillah. Naib baek lah nenek aku takde ape-2 juz nenek aku lemah, yela dari petang sampai mahgrib tak makan apa-2 tak minum apa-2. Juz time diaorang jumpa tu nenek aku berlumpurkan pasir sungai. Time jumpa tu nenek aku dah ada kat tebing sungai maybe nenek aku nak panjat naek ke atas. Aku tak dapat bayangkan lah macam mana nenek aku berusaha nak naek ke atas yang da berusia 78 tahun. Kesian sangat, tapi alhamdulillah, semuanye selamat. Nenek aku sekarang di masukan ke hospital kerana kurang darah, harap keadaan dia stabil lah lepas ni dan harap takkan terjadi lagi hal macam ni. Tapi apa yang nenek aku cerita buat aku kecut perut sebab kata nenek dia ikut orang dan orang tu melambai-2 dekat dia. Subahannallah, ayah aku kata maybe tu orang bunian dia memang nak ambil nenek aku sebab dulu time kecik-2 nenek aku pernah kene sorok jugak, ne benda lama berulang lagi. Dan kata orang-2 kampung selepas mereka azan terus terjumpa nenek dekat pokok pisang terjelupuk. Wallahualam, semuanya yang jadi kehendak allah, tapi bila tengok keadaan rumah nenek dengan hutan tebal macam tu aku pun rasa serun. ok.aku lemah semangat. haha. Tapi hal macam ne tak boleh terlalu taksub, so apa pun kejadiaan adalah dari kuasa Allah, maybe ade hikmahnye yang kami sendiri tak tahu. Wallahuallam.


Friday, October 28, 2011

Jumaat penghulu segala hari

Salam hari jumaat. Moga kehadiran hari jumaat merahmati kita sebagai orang islam. Aku ne memang kaki online dan aku suka jelajah pages ke pages. Ade satu pages ne yang buat aku tertarik dan aku pun meng'copy paste'. Dan aku rasa nak share dengan readers, even tak ramai pun yang baca entri aku tapi tak salah kita sharing. Just tok renungan kita bersama, tapi aku akui memang rasa takut dan menginsafkan bila baca artikel ne. So jom kita baca memang panjang sedikit tok ilmu yang di bekal kelak. :) 
               


                                                                        

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

- Pemimpin yang adil.

- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.
'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.
Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Subahanallah. Alhamdulillah, moga pengetahuan kita ni di berkati. amin.





Rujukan:


Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-


Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.





Thursday, October 27, 2011

Macam mana berat badan boleh turun.

Hari ni nak cerita sedikt lah mengenai berat badan aku. Waktu sekolah memang aku kurus tapi serta merta keadaan berubah bila aku meningkat umur. Aku da bukan dikategorikan dalam insan - insan yang kurus. haha.Dulu selalunye orang akan panggil aku tembam! chubby! babat! ( bahase orang johor ) Aku memang ase saket je aty. haha. Tapi tu dah memang realiti, aku dulu sebelum sambung study aku pernah bekerja waktu tu pulak aku suke sangat amalkan susu coklat. Setiap hari itu lah jadi minuman aku, mahu tak naek badan? mesti lah kan. So aku tak kesah sangat apa orang nak cakap waktu tu pulak aku baru mencecah 19 tahun. Muda remaja lagi tu. time nak bujet - bujet hot even aku takde hot pun. Mood aku yang selalu hot adalah. hehe. Lagipun muda lagi hati tengah senang. Tak macam sekarang bila dah mencecah 22 macam - macam nak hadap. (even still lagi dikatekan mentah gak) haha. Aik! terbabas cerita laen pulak! ok. bila aku masuk belaja. Bermula lah kisah hidup aku. cyda tembam! banyak babat! haha. ok fine! ade aku kesah janji aku sihat. haha.


Time aku study dulu. pipi aku da macam apam tengah naek! haha.


Ok. time ne memang banyak cabaran. Kawan - kawan aku panggil aku babat! kak cyda gemox! haha. ok fine.saye tak kesah pun juz anggap tu semua hanya gurauan je. :)
Lastly, bila aku dah habis belaja. Berat badan aku makin lama makin menurun semakin dan semakin sehingga sekarang da jadi 42. Aku memang agak terkejut sebab selama ni yang paling ringan pun 46 or 47 aje. Tapi sekarang segala telah merubah. haha. Majoriti yang jumpa aku sekarang tegur berat badan aku. Ada yang kate aku sakit! oh. tidak lah aku sihat je. alhamdulillah aku masih lagi di kurniakan sihat tubuh badan. Maybe aku terlalu obses nak kurus. Aku memang jarang makan nasi. Perut berdangdut pun aku tetap tahan lapar. Akhirnye macam sekarang lah ape yang aku makan mesti aku tak boleh makan lebih - lebih dah tak macam dulu. Aku lah raja makan. haha. asyik - asyik makan je. So sekarang padan lah muke aku. Moralnye tak payah lah terlalu obses nak kurus macam aku sampai makanan pun da tak berape suke masuk dalam perut aku. haha. Tapi dalam hati berkata. Yeah! aku berjaya kurus! seronoknya. haha. Ape pun aku tetap rindukan pipi tembam aku yang dulu! sangat rindu. hehe. Btw selesa macam ni even tetap kene kutuk kering! papan! tiang! and what ever la. tapi sikit pun aku tak kesah sebab aku anggap semuanye gurauan. hehe. ape pun terima diri seadanya. ok? ( takde motip ) k. see ya :)


                                                                           

Wednesday, October 26, 2011

Bersama menghabiskan masa.

Hari ini public holiday sempena depavali. Happy depavali pada yang menyambut. :)
Seronok rasanya bersama - sama dengan orang tersayang menghabiskan masa dan membuang masa berpoya - poya. haha. Thanx to sang kekaseh yang sanggup layan karenah aku yang bermacam ragam. hee.
So hari ini macam biasa lah keluar mesti tak sah kalau ta singgah kat wayang kan. Memandangkan aku ni memang kaki wayang pantang ade cerita baru. Yang pastinye sang kekaseh lah yang kene teman. :)
Tapi kali ini rasa tak syok la sebab cerita yang kami tengok tu agak membosankan. Membazir duit pun ye gak. haha. Nak tahu cerita apa?

                                                                       
       Selepas abis aje tengok cerita ni kami pun jejalan je la. Sampai tak cukup kaki gune tangan pulak!haha. juz joke.



   Takde motip. tunjuk kasut buruk. 


  Sambil jejalan lepak - lepak la dekat atas padang dataran. Tempat popular orang lepak dan memang ramai lah berposing kat situ. Tapi kebanyakannya ramai pelajar sekolah aje. Aku pun nak jugak rasa jadi budak sekolah balik. haha. Sambil - sambil duduk apa lagi aku  pun posing sama macam mereka. hehe. Terimas sang kekaseh.


         
Yeah! ni lah minah yang suke berkaki ayam.



Bujet comel lah ne. haha. Sempat capture! 


Tengah - tengah lepak tetibe hujan la. haha. Masing - masing semua terpakse berteduh tapi hujan tak de la lebat mana pun ade tu tak berganjak. Seronok agaknye mandi hujan. haha. Hari ni memang rasa seronok sangat kredit to sang kekaseh yang setia temankan aku dan cube mengembirakan hati aku. Tenang rasanya bila dia ada di sisi. ( cehwah. aku da gatai na! :p ) Tapi its a realiti. hehe. Thnx sayunx! i lap u lah! :P  
                                                               

                                                                                                                                                     

Saturday, October 22, 2011

Nur Batrisyia Balkis

Nur Batrisyia Balkis dengan nama panggilan Balkis. Ne anak buah pertama aku. So excited time kak long nak melahirkan tu. Dan alhamdulillah semuanya selamat. Syukur dengan kelahiran baru ne merapatkan hubungan kekeluargaan antara kami. Balkis jadi kesayangan kami. Terutama my mom la. Yela cucu pertama mahu nye ta sayang melambung. haha. Aku pun sayang gile sanggup ta baca novel sanggup ta buka fb sanggup ape - ape je sebab nak mengadap si balkis ne. Memamng kuat menangis nak - nak kalo ta de sape yang dukung die. Ok. tido mesti kene dodoi dulu. Sape ajar? aku yang ajar. haha. Nasib la kak long aku tu. Btw aku lampirkan pic anak buah aku. Camera aku penuh gambar dye je. So geram tengok muke dye.


       Setelah di dodoi...

whoah...


                                             

Takut aje...

Terlampau agresif..

ok..gambar terbaru dye..da start nak tembam :)


Ok. Ne lah antara gambar - gambarnye. Banyak lagi tapi karang ta cukup forum plak. haha.
To anak buah aku ne. Mak cik sayang kat kamo tau.
Da besar jadi anak yang baek k. 

Hak Milik Cik Cyda Ramli